thumbnail

“Bercerai Bukanlah Petanda Kehidupan Saya Musnah”

Sejak bercerai pada Oktober tahun lalu (2015), bagi Elly Mazlein perkara tersebut sepatutnya dibiarkan terus berlalu. Malah penyanyi dan pelakon wanita ini juga sudah lama meninggalkan kisah lama dan membuka lembaran baru kehidupan.

BACA: Elly Mazlein Sedia Diheret Faye Kusairi Ke Mahkamah

“Saya pasrah dengan takdir. Yang terjadi dalam hidup saya selama ini adalah bahagian saya. Saya reda dan tidak pernah menyesal. Malah pada saat saya dan dia (Azmi) bukan lagi pasangan suami isteri sejak Oktober tahun lalu, saya tidak pernah terlintas untuk meratapi nasib diri”

“Sebaliknya saya menganggap keadaan yang sedang dijalani ini adalah petanda buat saya untuk menjadi wanita yang lebih matang. Perceraian dengan bekas suami bukan petanda kehidupan saya musnah. Sebaliknya adalah harapan buat saya untuk menjadi wanita lebih dewasa,” katanya kepada Utusan Online.

Menurut Elly lagi, dia kini sudah menemui keyakinan dan sumber kekuatannya bersama cahaya mata comelnya, Putri Sefhia Zara yang kini sudah berusia dua bulan. Tambahnya, demi masa depan, dia perlu berkorban dan sentiasa berfikiran positif untuk memastikan dirinya sentiasa di landasan yang sebenar. (rtky/s)

7- Bercerai Bukan Petanda Kehidupan Saya Musnah - ROTIKAYA 6- Bercerai Bukan Petanda Kehidupan Saya Musnah - ROTIKAYA 5- Bercerai Bukan Petanda Kehidupan Saya Musnah - ROTIKAYA 3- Bercerai Bukan Petanda Kehidupan Saya Musnah - ROTIKAYA 2- Bercerai Bukan Petanda Kehidupan Saya Musnah - ROTIKAYA 1- Bercerai Bukan Petanda Kehidupan Saya Musnah - ROTIKAYA

via

MALANG TIDAK BERBAU. ANDA AKAN LEBIH MENYESAL jika perkara ini berlaku SELEPAS anda baca tentang kes ini tetapi TANPA MEMILIKI produk ini.

Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...